Thursday, April 5, 2012

sahabat hingga ke syurga #2


Aku selalu ingin sahabatku itu tahu 
yang aku sudah jadikan dia sebahagian dari kecintaanku,
tidak lain kerana Allah

Aku ingin sahabatku itu selalu mengerti 
yang aku perlu doa darinya,
agar tetap kakiku di jalan ini

Aku ingin sahabatku itu selalu faham 
aku punya banyak kelemahan yang terkadang melukai & 
membuatkan dia tidak senang denganku

Wahai sahabat yang dirimu sentiasa dihati,
maafkan tiap khilafku

Mungkin tidak mampu untuk aku hilangkan parut luka hatimu,
tapi aku senantiasa berharap untuk menjadi sahabat yang setia di sisi 
dalam payah & senangmu

Kerana
PERSAHABATAN KITA TERTAUT DEMI CINTA ILAHI

No comments: