Thursday, March 1, 2012

Ikatan Kasih Sayang

Ikatan kasih sayang kita diikat dengan tali Allah, dengan akidah yang satu, berTuhankan Allah Yang Maha Esa, kalimah syahadah bersemi di hati, mengadap kiblat yang sama..:)
 walaupun saujana di mata namun di hati hanyalah seinci…

Saya tidak memerlukan seseorang yang sempurna untuk dijadikan sahabat, memadailah seorang teman yang membuatkan saya berasa sempurna apabila mengenalinya..Syukur Alhamdulillah Dia menyempurnakan dan menyerikan hari-hari yang dilalui..Moga ikatan hati kita sentiasa dibajai dengan cinta Ilahi…

ameen..insyaAllah ~

"cukuplah bila aku merasa mulia kerana Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai"

(Saiyidina Umar Al Khattab)

Tiada yang lebih manis dari mengenangkan bahawa segala yang terjadi adalah peraturan dari Allah..pasti ada jalan keluarnya dalam kekusutan itu, pasti ada hikmahnya dalam apa yg tersimpul itu..cuma kesabaran dalam menantikan apa yg tidak pasti seringkali membuat kita tersungkur, tambahan terpukul dengan debu-debu dosa dunia....




Sekian lama ku mencari dan ku jejaki,
rahsia sebuah keikhlasan,
rahsia sabar yang indah,
rahsia ketaqwaan,
rahsia menyalakan zikir,
rahsia sebuah kesyukuran,
rahsia redhanya pada takdirMu,
rahsia senyuman yang menggembirakan…
Ya Allah, tabahkanlah hati-hati ini pada jalanMu ..
moga insan-insan lain juga merasai kemanisan dan kenikmatan ini..

No comments: